Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Penganalisis: Kedudukan Biden Terancam Jika Genosid di Gaza Berpanjangan

Tentera Israel akan berperang di Gaza sekurang-kurangnya selama tujuh bulan akan datang, kata Penasihat Keselamatan Nasional Israel, Tzachi Hanegbi pada awal minggu ini.

Ramalan itu menimbulkan kebimbangan mengenai nasib penduduk Palestin di Gaza yang sudah menghadapi kebuluran, perpindahan besar-besaran, dan keganasan harian Israel. Sehingga kini, rekod kesyahidan telah meningkat lebih daripada 36,000 orang sejak 7 Oktober 2023.

Pakar berkata perang yang berpanjangan juga akan merosakkan kempen pemilihan semula Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada bulan November. Difahamkan sokongan orang awam terhadap presiden AS itu merosot mendadak ekoran dukungan teguhnya terhadap Israel.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan di Arab Center Washington DC, Khalil Jahshan berkata serangan Israel di Gaza yang diteruskan ketika pilihan raya AS pada 5 November 2024 tidak mustahil boleh menjaminkan kedudukan Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel, malah bertahan lebih lama berbanding Biden.

Selama berbulan-bulan, para penyokong telah memberi amaran bahawa Netanyahu mempunyai kepentingan politik peribadi dalam melanjutkan peperangan demi meningkatkan kedudukannya di dalam negara haram Israel.

Tinjauan terbaharu di Israel menunjukkan Netanyahu berjaya mengatasi populariti saingan utamanya, Menteri Kabinet Perang, Benny Gantz.

Sumber: Al-Jazeera

Written by
Admin
Published on
May 31, 2024