Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Seramai 29 Anggota Parlimen Eropah (MEP) telah menggesa agar Menteri Keselamatan negara haram Israel, Itamar Ben-Gvir dimasukkan ke dalam Rejim Sekatan Hak Asasi Manusia Global Kesatuan Eropah (European Union’s Global Human Rights Sanctions Regime), susulan rakaman yang dimuat naik menunjukkan layanan buruk terhadap aktivis Global Sumud Flotilla (GSF).

Ahli Parlimen Itali, Danilo Della Valle dalam satu kenyataan yang dimuat naik di X berkata beliau bersama 28 MEP lain telah menghantar surat kepada Presiden Majlis Eropah, António Costa.

“Aktivis pertama dari GSF yang telah pulang ke negara masing-masing melaporkan insiden yang amat serius: didedahkan kepada umum dalam keadaan bergari dan dirantai, keganasan fizikal dan psikologi, layanan yang merendahkan maruah serta pencabulan terhadap maruah manusia,” tulisnya. 

Menurut Della Valle, surat itu menyatakan bahawa aktivis GSF telah diaibkan secara terbuka ketika tangan mereka digari dan dirantai, selain dikenakan keganasan fizikal dan psikologi serta pencabulan maruah manusia.

Beliau menambah bahawa beberapa negara Eropah telah memanggil duta negara haram itu bagi menuntut penjelasan berhubung dakwaan layanan buruk terhadap para aktivis tersebut. “Masanya telah tiba untuk beralih daripada kata-kata kepada tindakan,” kata Della Valle.

Beliau turut menyatakan bahawa rangka kerja sekatan tersebut sebelum ini digunakan terhadap pendatang haram Israel yang terlibat dalam keganasan, dan berhujah bahawa ia kini perlu diperluaskan bagi merangkumi individu lain yang dituduh melakukan pelanggaran hak asasi manusia.

Della Valle selanjutnya berkata: “Golongan fasis yang mentadbir Israel mesti berdepan keadilan atas jenayah yang telah mereka lakukan.”

Sumber: Wafa Agency, Anadolu Ajansi

#Heroes4Hope

#CintaGazaMalaysia

Written by
Admin
Published on
May 22, 2026