Israel telah membuka penjara bawah tanah untuk tahanan daripada kumpulan HAMAS dan Hizbullah di mana mereka tidak boleh akses kepada cahaya matahari, kata media Israel, KAN pada hari Khamis.
KAN melaporkan bahawa penjara yang terletak di tengah Israel itu direka untuk menempatkan individu paling berbahaya daripada pasukan elit HAMAS dan Unit Radwan, Hizbullah.
“Ini adalah tempat semula jadi mereka — di bawah tanah,” kata Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir kepada KAN.
KAN berkata, kira-kira 75 tahanan daripada HAMAS dan Hizbullah kini ditahan di penjara bawah tanah itu.
"Malah tingkap kecil di wad telah ditutup untuk tahanan. Mereka hanya dibenarkan satu peluang singkat setiap hari untuk melangkah ke halaman kecil yang tertutup sepenuhnya dan cahaya matahari tidak dapat tembusi kawasan ini. Tahanan dibenarkan keluar sekali sehari."
Tahanan di penjara Israel dibelenggu dan dikurung dalam sel mereka selama 23 jam sehari. Mereka juga diberi tilam dan sedikit makanan.
"Kemudahan ini menempatkan kebanyakan tahanan berbahaya yang tidak dijangka akan dibebaskan untuk masa yang lama atau sebaliknya," tambah KAN.
Sumber: MEMO, Anadolu Ajansi