Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Menteri Pendidikan Lubnan, Abbas Halabi mengumumkan penutupan sekolah sehingga akhir bulan September.

Penutupan sekolah, sekolah menengah; institut vokasional awam dan swasta akan dilanjutkan sehingga akhir minggu ini di gabenor Selatan, Nabatieh, Bekaa, Baalbek-Hermel dan di pinggir bandar selatan.

Beliau turut menambah:

Penangguhan sekolah juga akan berkuatkuasa di beberapa pentadbiran Beirut, Gunung Lubnan, di wilayah utara dan 'Akkar.

Manakala pengajian di Universiti Lubnan dan institusi pengajian tinggi swasta di seluruh wilayah Lubnan ditangguhkan sehingga akhir minggu ini.

Menteri Kesihatan Lubnan, Firas Abiad juga memutuskan untuk menutup semua pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara sehingga akhir minggu ini.

Keputusan yang diambil merupakan langkah berjaga-jaga selepas berlaku peningkatan serangan sejak awal minggu ini.

Tentera Israel telah melancarkan gelombang serangan udara maut ke atas Lubnan dan menyebabkan lebih 560 orang maut, termasuk 95 wanita dan 50 kanak-kanak, dan mencederakan 1,835 yang lain.

Sebelum genosid di Gaza pada 7 Oktober 2023, Hizbullah dan Israel sudah pun berbalas serangan di sempadan. Namun, sejak tarikh itu juga peningkatan serangan di sempadan Lubnan-Israel telah direkod kerana Hizbullah mendakwa mahu mempertahankan hak rakyat Palestin di Gaza.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
September 25, 2024