Latest News

Stay updated with the latest developments and news

🔺PERKEMBANGAN SETAKAT RABU, 5 JUN 2024 GENOSID DI GAZA:

1/ Tentera rejim Israel telah melancarkan serangan udara maut ke atas Gaza tengah ketika tenteranya telah mara ke kem pelarian al-Bureij, dalam serangan darat terbaru di wilayah Palestin.

2/ Sekumpulan pakar bebas memberi amaran situasi kebuluran teruk yang mungkin berlaku di utara Gaza, tetapi sekatan yang ada ke atas akses kemanusiaan telah menghalang pengumpulan data bagi membuktikannya.

3/ Dewan Perwakilan AS bersepakat untuk meletakkan sekatan ke atas pegawai Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dengan suara majoriti ahli Republikan bersama beberapa Demokrat lain.

4/ Presiden AS, Joe Biden menjawab "Tidak pasti" ketika ditanya sama ada dia melihat bukti jenayah perang rejim Israel di Gaza, dalam sesi temu bual bersama majalah TIME.

5/ Ketua kakitangan tentera rejim berkata mereka "bersedia untuk serangan" di sempadan Israel-Lubnan, sementara Hizbullah di Lubnan pula telah memberi amaran bahawa perluasan serangan ke atas Lubnan akan "diakhiri dengan kemusnahan, kehancuran dan pengusiran penduduk haram di Israel."

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
June 5, 2024