Latest News
Stay updated with the latest developments and news

- HAMAS menyatakan pusingan baharu rundingan gencatan senjata bermula di Doha pada Selasa. Rundingan berjalan dengan positif dan bertanggungjawab. Ia berlangsung ketika utusan Timur Tengah AS, Steve Witkoff, serta delegasi Israel tiba di ibu negara Qatar.
- Rundingan ini diadakan beberapa hari selepas fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza tamat tanpa sebarang persetujuan untuk beralih ke fasa kedua. Fasa kedua merangkumi pembebasan semua baki tawanan yang ditahan oleh HAMAS dan pengakhiran perang Israel ke atas wilayah itu.
- Israel telah menyekat semua bantuan ke Gaza serta memutuskan bekalan elektrik ke loji air sebagai cubaan untuk menekan HAMAS supaya bersetuju melanjutkan fasa pertama dan membebaskan lebih ramai tawanan. Namun, tanpa memberi komitmen untuk menamatkan perang.
- Bagaimanapun, HAMAS menolak cadangan itu, menyatakan Israel melakukan ugutan dan tidak boleh diterima, serta menegaskan keperluan untuk segera memulakan rundingan fasa kedua.
- HAMAS turut menyatakan kesediaan bagi menyerahkan kawalan Gaza kepada kerajaan perpaduan dan menyokong cadangan yang diketuai Mesir bagi membentuk jawatankuasa peralihan bagi mentadbir wilayah itu selepas perang.
- Amerika Syarikat telah mengadakan rundingan langsung yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan HAMAS, dan utusan Trump, Adam Boehler, mendakwa bahawa HAMAS telah menawarkan untuk melepaskan kuasa politik serta meletakkan senjata selama lima hingga sepuluh tahun. HAMAS masih belum memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.
Sumber: Al Jazeera
Published on
March 12, 2025