Latest News

Stay updated with the latest developments and news

PERKEMBANGAN TERKINI | Setakat jam 8 pagi, 7 April 2025

◼ Tentera Israel meneruskan serangan di seluruh Gaza, mengebom tempat perlindungan sementara dan membunuh sekurang-kurangnya 43 rakyat Palestin sejak awal pagi Ahad, menurut petugas perubatan.

◼ Tentera Israel turut mengarahkan penduduk Palestin di lima kejiranan di Deir el-Balah supaya berpindah, selepas memintas lima daripada sepuluh roket yang ditembak ke arah bandar Ashdod dan Asqalan.

◼ Briged al-Qassam, mengaku bertanggungjawab terhadap serangan roket itu sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel di Gaza.

◼ Seorang pendatang haram Israel menembak mati seorang remaja Palestin-Amerika berusia 14 tahun berhampiran bandar Turmus Aya, di Tebing Barat yang dijajah.

◼ Tentera Amerika Syarikat pula terus mengebom Yaman, membunuh sekurang-kurangnya empat orang di ibu negara Sana’a, menurut pemberontak Houthi.

◼ Tentera Israel turut mengebom selatan Lubnan, seminggu selepas menyerbu ibu negara Beirut, dengan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh di bandar Zibqin.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
April 7, 2025