Menurut Pejabat Media Tahanan Palestin di Gaza, Israel akan membebaskan 602 tahanan Palestin pada hari ini, termasuk 50 orang yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 60 orang lagi hukuman berat.
Selain itu, 47 tahanan Palestin yang terlibat dalam peristiwa 'Shalit Deal' 2011, yang ditangkap semula, serta 445 rakyat Palestin dari Gaza yang ditahan selepas 7 Oktober 2023, juga akan dibebaskan.
Sehingga kini, Israel telah menerima 19 tawanan dan empat mayat, manakala 1,135 tahanan Palestin, termasuk yang berdepan hukuman penjara seumur hidup, telah dibebaskan.
Sumber: Anadolu, The Palestine Chronicles