Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Kementerian Dalam Negeri Gaza menggesa penduduk Palestin untuk mengabaikan arahan Israel supaya berpindah dari kawasan mereka dan bergerak ke selatan pada Ahad, menurut laporan Agensi Anadolu.

Kenyataan rasmi kementerian itu berbunyi:

"Tuntutan Israel berkenaan wujudnya zon selamat di selatan Gaza adalah satu pembohongan kerana Israel melakukan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai di seluruh wilayah ini."

"Kami menyeru penduduk di utara Gaza untuk mengabaikan ancaman Israel yang mengarahkan pengosongan kediaman mereka dan bergerak ke selatan," tambahnya.

Dalam perkembangan terkini, tentera Israel mengeluarkan arahan kepada penduduk Palestin di utara Gaza supaya meninggalkan kediaman mereka dan berpindah ke kawasan yang ditetapkan sebagai zon selamat di wilayah tengah dan selatan Gaza.

Organisasi hak asasi manusia dan pemerhati antarabangsa mengutuk arahan yang tidak berperikemanusiaan itu serta penderitaan besar-besaran yang dihadapi oleh rakyat Palestin. Lebih-lebih lagi, rakyat Palestin sering diserang oleh tentera Israel semasa perjalanan mereka ke zon selamat dan juga selepas mereka tiba di sana. Sehingga ke hari ini, genap setahun Gaza dibedil Zionis, lebih 41,800 orang terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Manakala lebih 96,900 yang lain cedera.

Sementara itu, Israel kini berdepan dengan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
October 7, 2024