Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa pintu sempadan Turkiye-Syria, Yayladagi akan dibuka bagi memastikan jutaan rakyat Syria yang berlindung negara itu dapat pulang ke negara mereka dengan selamat.

Di dalam akhir mesyuarat kabinet di Ankara semalam, Erdogan juga memberitahu bahawa kerajaannya sedia untuk menguruskan kepulangan rakyat Syria dengan cara yang bersesuaian, terutamanya tidak menimbulkan kesesakan trafik.

Pintu Yayladagi di barat laut Syria telah ditutup sejak 2013 ekoran daripada pertempuran berhampiran sempadan itu.

Erdogan juga menegaskan bahawa akan berlaku perubahan besar terhadap lanskap sosio-politik di Syria dengan harapan kestabilan di negara itu benar-benar dicapai.

Semalam, berakhirnya kegelapan di Syria dan era gemilang kini bermula. Perubahan yang berlaku di Syria akan mendorong kesan yang positif kepada seluruh rakyatnya terutama pelarian Syria.

Ketika kestabilan di Syria mula dicapai, kepulangan mereka secara rela, selamat dan bermaruah ke negara asal juga akan mencatatkan peningkatan yang positif.

Sementara itu, ratusan pelarian Syria dilaporkan berkumpul di dua sempadan iaitu Pintu Cilvegozu di Hatay dan Pitnu Oncupinar di daerah Kilis untuk pulang ke tanah air mereka.

Turkiye merekodkan seramai 3.7 juta pelarian Syria berdasarkan laporan 30 November 2024, sejak kedatangan mereka untuk mendapatkan perlindungan ekoran perang Syria pada 2011.

Sumber: MEMO, Xinhua News

Written by
Admin
Published on
December 10, 2024