Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Organisasi Pembebasan Palestin (PLO), Ramzi Rabah mengesahkan pihaknya menolak cadangan Mesir untuk mewujudkan jawatankuasa sokongan untuk Gaza.

Melalui penjelasan Rabah kepada Al-Risalah Net, undian telah dilaksanakan bagi mempertimbangkan idea Mesir tetapi ditolak berdasarkan keputusan undian ahli jawatankuasa PLO. Sebelum ini, Al-Risalah Net dimaklumkan oleh ahli Majlis Penasihat Fatah, Abdullah Abdullah bahawa mereka sedang menyemak cadangan itu dengan presidennya dan berusaha untuk mendapatkan sokongan Arab bagi penubuhan jawatankuasa sokongan untuk Gaza.

Jawatankuasa Eksekutif PLO dibentuk semula susulan mesyuarat yang diadakan oleh Fatah pada 2018 untuk Majlis Pusat dan Kebangsaan. Pembentukan semula jawatankuasa itu diboikot oleh gerakan terkemuka Palestin seperti HAMAS, Jihad Islami (PIJ) dan Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin (PFLP).

Pada minggu lalu, HAMAS telah terima cadangan Mesir dan dilaporkan sedang menunggu respons daripada Majlis Penasihat Fatah. HAMAS juga telah menghantar delegasinya di Cairo untuk berbincang dengan PFLP mengenai perkembangan semasa di Gaza dan Tebing Barat.

Berdasarkan cadangan yang dikemukakan Mesir itu, jawatankuasa sokongan untuk Gaza bertujuan untuk menggerakkan operasi pembangunan semula Gaza pasca perang. Melalui cadangan tersebut, Mesir mengusulkan jawatankuasa tersebut terdiri daripada 10 hingga 14 ahli yang masing-masing akan menyelia semua sektor, termasuk pembinaan semula Semenanjung Gaza.

Sumber: MEMO, Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
December 10, 2024