'PRESS' di Vest Wartawan Gaza Tidak Lagi Menjamin Keselamatan Mereka
Satu siasatan bersama 50 wartawan daripada 13 agensi berita mendapati sekurang-kurangnya 14 wartawan Palestin memakai peralatan perlindungan ketika mereka dibunuh, cedera atau menjadi sasaran.
“Wartawan Gaza hari ini sudah lama tahu bahawa vest ‘press’ mereka tidak lagi berfungsi sebagai alat perlindungan”, kata Laurent Richard dari organisasi berita Forbidden Stories yang mengetuai siasatan tersebut.
Laporan tersebut mendapati bahawa lebih daripada 100 wartawan dan pekerja media telah terbunuh di Gaza termasuk 40 yang terbunuh ketika mereka berada di rumah – sejak Oktober tahun lalu.
“Walaupun vest 'press' sepatutnya untuk mengenal pasti (mereka sebagai wartawan) dan melindungi kami mengikut undang-undang antarabangsa … kini ia menjadi ancaman kepada kami,” kata seorang wartawan Palestin di Gaza, Basel Khair al-Din yang percaya dia menjadi sasaran serangan dron Israel ketika memakai vest.
Sumber: AlJazeera