Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri di Baitul Maqdis telah menegaskan bahawa rakyat Palestin tidak akan pernah meninggalkan tanah mereka dan tidak akan menerima arahan pemindahan ke mana-mana negara lain.
"Rakyat Palestin telah menyatakan selama beberapa dekad desakan mereka untuk kekal di tanah mereka tanpa mengira pengorbanan yang diperlukan", katanya.
“Negara-negara Arab yang berjiran dengan Palestin harus kekal teguh dan tidak mengubah pendirian mereka dalam menolak permindahan rakyat Palestin,”
kata Imam Sheikh Sabri.
"Mereka tidak sepatutnya tunduk kepada tekanan Amerika."
Sumber: Al Jazeera, MEMO