Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Husni Abdel Wahed telah mengangkat sumpah sebagai Duta Palestin ke Sepanyol yang pertama secara rasmi di hadapan Raja Felipe VI dalam istiadat pengurniaan tauliah lantikan di Istana Diraja di Madrid pada Selasa.


Sebelum ini, Husni menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Misi Palestin ke Sepanyol sejak 2022.

Susulan daripada pengiktirafan Sepanyol terhadap Palestin sebagai negara berdaulat pada Mei lalu, pangkat Husni juga secara rasmi ditukarkan kepada Duta Palestin ke Sepanyol. Ia berkuatkuasa serta-merta.

Pada awal September, Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengumumkan bahawa sidang kemuncak dua hala yang pertama antara Sepanyol dan Palestin akan diadakan menjelang akhir tahun ini.

Madrid telah mengambil sikap tegas terhadap Israel sejak pencerobohan ke atas Gaza pada bulan Oktober 2023.

Sanchez menegaskan bahawa keputusan untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara yang sah adalah selaras dengan resolusi PBB dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Kami komited terhadap keselamatan di timur tengah, dan kami akan bekerjasama dengan negara-negara Arab untuk mengadakan persidangan damai. Mengiktiraf Palestin adalah keadilan bagi rakyat Palestin.

Sumber: Middle East Eye, TRTWorld dan Embassy Spain of UK

Written by
Admin
Published on
September 21, 2024