Terkini: Rejim Z1oni5 Lancar Genosid di Gaza Tengah
🔺Rejim Z1oni5 melancarkan serangan secara rawak ke atas penduduk kem Nuseirat.
🔺Rejim Z1oni5 mengepung sebilangan besar penduduk kawasan kem Nuseirat Baru, barat laut Nuseirat dalam keadaan serangan tembakan yang bertalu-talu.
🔺Hospital Syuhada al-Aqsa berdepan situasi sukar apabila sebilangan besar penduduk yang syahid dan mangsa yang cedera tiba di hospital tersebut akibat serangan rejim Z1oni5.
🔺Rejim Z1oni5 turut melancarkan serangan di sekitar Hospital Syuhada al-Aqsa.
🔺Lebih dari 100 orang awam Palestin terkorban dan ramai yang cedera susulan tentera Israel secara tiba-tiba melancarkan serangan darat, udara dan laut terhadap wilayah Gaza Tengah, di mana ribuan rakyat Palestin berlindung.
🔺Sebuah unit khas Isr4el menyelinap masuk ke pasar Al-Nuseirat yang dianggap sebagai kawasan berpenduduk padat sejak arahan Isr4el untuk orang ramai pergi ke zon selamat, yang ternyata pada banyak kesempatan tidak begitu selamat.
🔺Isr4el juga menghubungi Hospital Syuhada Al-Aqsa dan memberi ancaman terhadap kawasan hospital tersebut. Hospital ini adalah salah satu daripada beberapa hospital yang masih beroperasi dalam keadaan yang sangat kritikal.
Sumber: Al Jazeera, Shehab Agency, Quds News Network