Rumah Putih pada Ahad menyatakan sokongan terhadap keputusan 'Israel' untuk menangguhkan pembebasan 600 tahanan Palestin dengan alasan 'layanan kejam' HAMAS terhadap tawanan Israel.
Menurut kenyataan jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, Brian Hughes, penangguhan pembebasan tahanan itu adalah 'tindakan yang wajar' terhadap layanan kumpulan pejuang Palestin itu terhadap para tawanan Israel.
Beliau turut menambah bahawa Presiden AS, Donald Trump bersedia menyokong Israel dalam apa sahaja tindakan yang dipilihnya terhadap HAMAS.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika rundingan gencatan senjata di Gaza semakin goyah, susulan pengumuman HAMAS sebelum ini bahawa ia menghentikan rundingan sehingga semua tahanan Palestin dibebaskan seperti yang dijanjikan.
Sumber: Reuters, Al Jazeera