Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Utusan Amerika Syarikat (AS) bagi Timur Tengah, Steve Witkoff, pada Ahad berkata bahawa rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pejuang Palestin, HAMAS akan diteruskan minggu ini bagi mencari jalan penyelesaian yang berjaya. Bagaimanapun, lokasi rundingan akan ditentukan kelak.

Menerusi Fox News pada Ahad, beliau memaklumkan bahawa sebuah perbincangan yang sangat produktif dan membina telah diadakan diantara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu; Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani; dan Pengarah Perisikan Mesir.

Witkoff berkata mereka membincangkan perihal urutan fasa kedua dan mengenalpasti pendirian kedua-dua pihak supaya mereka dapat memahami kedudukan semasa. Perbincangan itu juga melibatkan pelaksanaan rundingan bagi fasa kedua pada minggu ini di lokasi yang akan ditentukan bagi mencari jalan untuk mencapai penyelesaian dengan jayanya.

Israel menangguhkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata yang sepatutnya bermula 16 hari selepas perjanjian berkuat kuasa. Namun, ia kini tertangguh selama 13 hari, menjadikan hari Isnin ini, hari ke-29.

Sumber: Reuters, Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
February 17, 2025