Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pada hari ke-92 selepas pelanggaran gencatan senjata rejim penjajah  Israel ke atas Gaza, dan hari ke-619 sejak tercetusnya genosid  pada 7 Oktober 2023, sayap ketenteraan Jihad Islami — Saraya al-Quds — mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan satu serangan hendap yang rapi dan kompleks terhadap pasukan Zionis yang bersembunyi di sebuah rumah di kawasan Satar al-Gharbi, utara Khan Yunis. Serangan itu menyebabkan beberapa anggota musuh terbunuh dan cedera.

Saraya al-Quds turut memaklumkan bahawa mereka telah memusnahkan sebuah kenderaan rejim Israel di kawasan Hayy al-Manarah, selatan Khan Yunis dalam satu serangan berasingan.

Sementara itu, rejim Israel turut melaporkan bahawa seorang pegawai mereka telah terbunuh dan beberapa orang lagi cedera dalam satu letupan dan pertempuran yang berlaku di selatan Gaza pada petang Isnin. Pegawai yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai timbalan komander Batalion Kejuruteraan 7086 di bawah Briged Golani.

Dalam perkembangan lain, sejak awal pagi semalam, seramai 51 penduduk Palestin telah syahid, termasuk 36 orang yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan. Rejim Israel terus menyasarkan mereka yang beratur menantikan bantuan di pelbagai lokasi.

Kementerian Kesihatan Gaza turut mengumumkan bahawa jumlah korban dalam kalangan orang awam yang menunggu bantuan sejak 27 Mei telah meningkat dengan jumlah seramai 338 orang syahid dan 2,831 cedera.

Sumber: Al- Jazeera

Written by
Admin
Published on
June 17, 2025