"Saya bangga untuk merobohkan rumah-rumah warga Palestin"
Menteri Keselamatan Israel berhaluan kanan, Itamar Ben-Gvir berucap dengan bangga di hadapan anggota Knesset Arab mengenai arahannya kepada kerajaan untuk merobohkan kediaman penduduk Palestin.
Dia menyatakan akan meluluskan lebih banyak perobohan komuniti Palestin di Negev dengan mendakwa mereka tidak sah taraf. Menteri fasis itu mendakwa bahawa komuniti-komuniti ini adalah haram. Dia mengabaikan fakta bahawa Israel mengenakan sekatan yang sangat ketat dan kos yang tinggi kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan permit. Hal ini hampir mustahil untuk dipatuhi kerana dasar apartheid yang dikenakan Israel.
Sumber: Quds News Network