Latest News

Stay updated with the latest developments and news

"Saya Kehilangan Kata-kata untuk Menggambarkan Rasa Jijik Terhadap Apa Yang Berlaku"

Dr Tanya Haj-Hassan, seorang doktor pakar kanak-kanak dari Kanada yang bekerja di Gaza berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan yang dikeluarkan oleh Save the Children yang mengatakan seramai 21,000 kanak-kanak tidak diketahui keberadaannya sejak perang bermula.

Beliau berkata, pernah suatu ketika semasa beliau sedang bekerja, sebuah keluarga besar seramai 40 orang mati terbunuh dalam serangan pengeboman rejim Israel.

"Dalam tempoh 24 jam ketika saya berada di sana, kami menyaksikan sebuah keluarga  yang keseluruhan ahlinya dilenyapkan dari daftar penduduk. Konteksnya adalah mereka yang tinggal dalam sebuah bangunan bertingkat-tingkat sekelip mata dilenyapkan rata. Banyak kanak-kanak yang mati serta-merta; terbakar sehingga tidak dapat dikenal pasti, hancur jasadnya, dan semua situasi ngeri kami saksikan." Katanya kepada Al Jazeera.

“Apa yang mengejutkan saya mengenai laporan ini adalah, sejumlah kanak-kanak ditemui di kubur besar, dengan majoritinya menunjukkan kesan-kesan diseksa dan dibunuh. Juga ada kesan yang berkemungkinan mereka dikebumikan hidup-hidup. Saya hilang kata-kata untuk menggambarkan rasa jijik terhadap kengerian ini."

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
June 25, 2024