Sekali Lagi Jeti Ketenteraan AS Dihubungkan ke Pantai Gaza
Tentera Amerika Syarikat (AS) telah menghubung semula jeti terapung (dermaga) yang mengalami masalah ke pantai Gaza selepas dialihkan buat sementara waktu kerana keadaan laut yang buruk.
Penyambungan semula dermaga itu dijangka berlaku pada Khamis (hari ini).
Berdasarkan laporan, bantuan yang dihantar melalui dermaga sejak ia dibuka pada 17 Mei lalu sangat terhad. Penggunaan dermaga dilihat menjadi sangat penting untuk penduduk Gaza selepas rejim Zionis merampas sempadan Rafah yang menjadi laluan utama bantuan kemanusiaan di wilayah terkepung itu.
Sehingga semalam, jurucakap PBB memaklumkan bahawa tiada maklumat terkini mengenai dermaga itu sejak Program Makanan Dunia menghentikan penghantaran bantuan kemanusiaan ekoran insiden pembunuhan lebih 270 orang rakyat Palestin dalam operasi menyelamat tawanan Israel di kem pelarian Nuseirat di Gaza pada 8 Jun 2024.
Insiden pada awal Jun itu telah membuktikan inisiatif dermaga yang bernilai $230 juta telah gagal dan bercanggah dengan dasar AS di Gaza.
Sumber: Al Jazeera, Reuters