Sekurang-kurangnya 60 Warga Palestin Terbunuh Dalam Beberapa Jam Yang Lalu
Pejabat media kerajaan Gaza mengumumkan bahawa sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan udara rejim Israel ke atas khemah pelarian Palestin di Khan Yunis.
"Pembunuhan beramai-ramai terbaru ini berlaku selepas tentera penjajah menyerang enam lagi kem pelarian di kawasan tengah, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sekurang-kurangnya 60 dalam beberapa jam yang lalu," kata pejabat tersebut.
Sumber: Quds News Network