“Kanak-kanak Palestin sedang menanggung trauma yang dahsyat sepanjang perang ini.
”Itulah yang diucapkan oleh pakar komunikasi Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Tess Ingram sebaik sahaja meninggalkan Gaza selepas dua minggu berada di wilayah terkepung itu.
Lebih 12,000 orang kanak-kanak cedera di Gaza sejak 7 Oktober 2023 dan Tess menyifatkan keadaan itu sebagai “sesuatu yang dipandang remeh” kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam sidang media di Geneva.
“Dengan rekod kecederaan dalam kalangan kanak-kanak mencecah 70 orang setiap hari, kami memerlukan pengaksesan terhadap pemindahan perubatan (medivac) yang lebih luas supaya kanak-kanak Palestin mendapat rawatan yang diperlukan segera. Seorang kanak-kanak dibunuh atau cedera setiap 10 minit, kita memerlukan gencatan senjata dengan SEGERA."
Gencatan senjata yang berkekalan adalah satu-satunya cara untuk menghentikan pembunuhan dan kecacatan anggota dalam kalangan kanak-kanak.
Sumber: Al Jazeera