
Seorang warga Palestin dilaporkan syahid manakala dua lagi mengalami kecederaan pada petang Rabu semalam dalam serangan tentera rejim Israel yang menyasarkan kawasan timur bandar Deir al-Balah, tengah Gaza.
Menurut Hospital Syuhada al-Aqsa, mayat seorang syuhada’ dan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital selepas satu serangan yang menyasarkan sekumpulan penduduk di kawasan Abu al-Ajineh, timur Deir al-Balah.
Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan bahawa dalam tempoh 24 jam yang lalu, seramai sembilan rakyat gugur syahid telah direkodkan, termasuk enam jenazah yang berjaya dikeluarkan, manakala empat lagi mangsa mengalami kecederaan dibawa ke hospital.
sejak gencatan senjata pada 11 Oktober 2025, jumlah keseluruhan syuhada mencecah 618, jumlah kecederaan sebanyak 1,663 dan jumlah jenazah yang berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan adalah seramai 732 jenazah.
Kementerian tersebut turut menyatakan bahawa jumlah keseluruhan serangan genosid yang dilancarkan rejim Israel sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 72,082 syuhada dan 171,761 cedera.
Selain itu, mereka menekankan bahawa masih terdapat beberapa mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan pasukan kecemasan serta pertahanan awam belum dapat menemuinya sehingga kini.
Sumber: Shehab News, PALM