Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Kementerian Pertahanan Sepanyol mengesahkan bahawa mereka telah membekukan pembelian senjata dari Israel. Pemberitahuan itu dibuat melalui akhbar terkemuka tempatan, El Pais pada Rabu.Menteri Pertahanan, Margarita Robles memaklumkan bahawa semua kontrak pembelian senjata dari Israel telah digantung sejak 7 Oktober 2023 kecuali kerja-kerja penyelenggaraan, lapor Anadolu Ajansi.

Sebelum ini, Sepanyol mengeksport sementara beberapa bahagian pesawat yang berkaitan dengan pertahanan ke Israel untuk dibaiki dan kemudian mengimportnya semula.

Rekod Kementerian Pertahanan mendedahkan jumlah import senjata dari Israel pada tahun lepas adalah sebanyak 1.7 peratus. Pun begitu, Menteri Luar Sepanyol memaklumkan bahawa negara itu telah berhenti menjual senjata kepada Israel sejak genosid meletus pada musim luruh lalu.

Dalam sebuah surat rasmi yang dijawab Kementerian Pertahanan pada Selasa oleh menteri-menteri parti gabungan sayap kiri Sepanyol, Sumar menyeru rakan-rakannya dalam kerajaan untuk embargo senjata sepenuhnya dengan Israel.

Dalam surat itu, Sumar turut menuduh kerajaan membiarkan beberapa kontrak dengan pembekal Israel dibuka.

Di sebalik komitmen Sepanyol untuk tidak lagi menjual senjata kepada Israel, beberapa operasi yang dibenarkan sebelum 7 Oktober telah berjalan tanpa dibatalkan, menurut El Pais.

Sumber: MEMO

Written by
Admin
Published on
October 25, 2024