Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Kira-kira 150 pendatang haram Israel menyerbu Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur yang diduduki pada hari Ahad di bawah perlindungan ketat polis, menurut laporan media Palestin.Menurut kenyataan Pentadbiran Gabenor Baitul Maqdis, para penjajah memasuki kawasan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharibah dan melakukan lawatan provokatif di halaman masjid.

Menurut laman web Al-Qastal, yang memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan Baitul Maqdis melaporkan bahawa para penjajah turut melakukan ritual Talmud semasa pencerobohan tersebut.Polis Zionis mengenakan sekatan terhadap kemasukan jemaah Palestin sebagai sebahagian daripada langkah berterusan untuk mengehadkan akses mereka ke masjid itu.

Masjid al-Aqsa merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam di dunia. Orang Yahudi merujuk kawasan itu sebagai Temple Mount, dengan dakwaan bahawa ia merupakan lokasi dua buah kuil Yahudi pada zaman dahulu.Sejak tahun 2003, polis Zionis secara unilateral membenarkan penjajah memasuki kawasan masjid setiap hari dalam dua tempoh iaitu waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Jabatan Wakaf Islam di Baitul Maqdis yang menguruskan masjid tersebut telah berulang kali menyeru agar pencerobohan ini dihentikan, namun pihak berkuasa penjajah tidak memberikan sebarang respons.Sejak Itamar Ben-Gvir menjadi Menteri Keselamatan Negara  haram Israel pada penghujung tahun 2022, pelanggaran di masjid itu semakin meningkat.

Rakyat Palestin menyatakan bahawa pihak penjajah sedang memperhebat usaha untuk memperluas pengaruh penempatan Yahudi di Baitul Maqdis Timur, termasuk Masjid al-Aqsa serta menghapuskan identiti Arab dan Islamnya.


Sumber: Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
April 20, 2026