Empat lagi tentera rejim Israel terbunuh di utara Semenanjung Gaza ketika tentera-tentera rejim Israel masih meneruskan serangan maut di kawasan yang dikepung, lapor Agensi Anadolu.
Kenyataan daripada pihak tentera rejim Israel berkata empat tentera itu daripada Unit Multidomain elit tentera. Seorang pegawai juga cedera parah dalam pertempuran itu.
Menurut angka terkini, sekurang-kurangnya 776 tentera rejim Israel telah terbunuh dan sekitar 5,100 yang lain cedera sejak 7 Oktober 2023.
Bagaimanapun, Yair Lapid menegaskan bahawa seramai 890 tentera rejim Israel telah terbunuh dan 11,000 lagi cedera sejak tahun lepas. Beliau juga memberi amaran bahawa kematian tentera rejim Israel akan terus meningkat di Gaza dan Lubnan.
Sumber: Middle East Monitor
Terj: Cinta Gaza Malaysia