Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Kumpulan penyelidik Airwars yang memantau kematian orang awam akibat serangan ketenteraan di pelbagai zon konflik di seluruh dunia telah mengeluarkan laporan bahawa serangan Amerika Syarikat (AS) di Yaman dalam tempoh 52 hari kebelakangan ini telah mengorbankan sejumlah nyawa yang sama dengan jumlah kematian awam akibat serangan AS di negara itu sejak 23 tahun lalu.

AS sebelum ini mengatakan bahawa serangan berterusan ke atas kumpulan Houthi kerana serangan mereka ke atas Israel dan laluan perdagangan di Laut Merah adalah berdasarkan penelitian terperinci dan penekanan terhadap pengurangan risiko dalam kalangan orang awam. Sebagai rekod, serangan Houthi ke atas Israel dan di Laut Merah adalah tanda solidariti bersama rakyat Gaza yang tertindas sejak 7 Oktober 2023.

Namun, laporan tersebut menunjukkan kesan yang sangat besar dan tidak pernah terjadi sebelum ini:

“Dalam tempoh dari serangan pertama AS di Yaman sehingga permulaan kempen Trump pada bulan Mac, Airwars mengesan sekurang-kurangnya 258 orang awam yang terbunuh kerana tindakan AS. Namun, dalam masa kurang dua bulan Operasi Rough Rider dilancarkan, Airwars mendokumenkan sekurang-kurangnya 224 orang awam terbunuh akibat serangan udara AS — hampir menggandakan jumlah korban awam akibat tindakan AS di Yaman sejak 2002.”

Kumpulan hak asasi manusia kini menyeru agar siasatan dijalankan terhadap dua insiden yang paling membawa maut: pengeboman AS ke atas Pelabuhan Ras Isa dan Penjara Tahanan Saada — yang didakwa telah membunuh gabungan 152 orang awam dan mencederakan hampir 200 yang lain.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
June 20, 2025