Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Tentera Israel telah menyerang satu-satunya gereja Katolik di Gaza pada Khamis, mengorbankan dua wanita Kristian dan mencederakan beberapa yang lain, termasuk seorang paderi dan seorang kanak-kanak.


Serangan itu menyasarkan Gereja Keluarga Kudus (Holy Family Church), satu-satunya gereja Katolik di Gaza. Serangan itu telah mengorbankan dua wanita dan mencederakan enam yang lain. Mangsa termasuk Paderi Gabriele Romanelli, yang dilaporkan cedera di kaki kanan namun berada dalam keadaan stabil.


Menurut Fadel Naem, Pemangku Pengarah Hospital al-Ahli, gereja tersebut ketika itu menjadi tempat perlindungan bagi penduduk Kristian dan Muslim, termasuk beberapa kanak-kanak kurang upaya. Beliau turut memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya dua orang berada dalam keadaan kritikal.


Gereja itu terletak berhampiran Hospital al-Ahli, di kawasan yang menjadi sasaran serangan berulang oleh rejim Israel selama lebih seminggu. Menurut Naem, kawasan sekitar turut dibedil tanpa henti.


Sejak perang dilancarkan oleh rejim Israel ke atas Gaza pada Oktober 2023, tempat ibadah termasuk masjid dan gereja telah menjadi sasaran berulang. Hanya beberapa hari selepas serangan bermula, tentera Israel membedil Gereja Saint Porphyrius, gereja tertua di Gaza dan mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang.


Insiden terbaru ini sekali lagi membuktikan bahawa serangan Israel tidak mengenal sempadan agama, apabila tempat suci dan kawasan perlindungan turut dijadikan sasaran.


Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
July 18, 2025