Latest News

Stay updated with the latest developments and news

SERANGAN TEL AVIV: HOUTHI DALANGNYA

Ketika insiden letupan di Tel Aviv masih menjadi teka-teki, jurucakap rasmi Angkatan Bersenjata Yaman, Houthi telah memuatnaik satu perkongsian di X.

"Kenyataan penting oleh Angkatan Bersenjata Yaman akan dibuat dalam beberapa jam akan datang untuk mengumumkan operasi ketenteraan kualitatif."

Perkongsian daripada pasukan itu kemudian disahkan melalui sebuah video rasmi yang dimuatnaik pada jam 1 petang tadi. Iran mengaku merekalah entiti yang bertanggungjawab ke atas insiden di Tel Aviv.

Difahamkan Houthi melancarkan serangan misil dan empat dron yang dikenali sebagai 'Jaffa'. Bagaimanapun, serangan Iran berjaya dipintas oleh pihak Amerika Syarikat (AS) kecuali dron keempat, meletup di Tel Aviv.

Menurut jurucakap rasmi Houthi, dron tersebut merupakan senjata baharu yang berupaya memintas sistem pemintas dan tidak dapat dikesan oleh radar.

Sumber: AlJazeera, Haaretz

Written by
Admin
Published on
July 19, 2024