Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Wanita dan kanak-kanak antara 25 orang mangsa yang terbunuh dalam satu serangan oleh Israel, menurut laporan pihak berkuasa tempatan. Rejim Zionis telah menyasarkan sebuah sekolah yang menempatkan pelarian perang dalam serangan itu.Serangan itu menyasarkan Sekolah Fahmi al-Jarjawi, ruangan selamat untuk warga Gaza mencari perlindungan daripada pengeboman berterusan oleh Israel, kata TV Al-Aqsa dan sumber tempatan lain, yang menggambarkan insiden itu sebagai satu satu lagi insiden "pembunuhan beramai-ramai.”

Kebakaran merebak melalui khemah-khemah di kawasan sekolah yang terletak di kejiranan Daraj, Bandar Gaza, selepas pengeboman berlaku. Serangan itu juga menyebabkan lebih 55 orang cedera, ujar Fahmy Awad, Ketua Kementerian Perkhidmatan Kecemasan. Beliau berkata seorang bapa dan lima orang anaknya adalah antara yang terkorban.Beliau menjelaskan bahawa sekolah tersebut telah diserang sebanyak tiga kali ketika orang ramai sedang tidur, menyebabkan barang-barang mereka terbakar.

Video yang dirakam oleh saksi mata, kemudiannya tersebar dalam talian menunjukkan mayat-mayat yang hangus terbakar, kebanyakannya kanak-kanak, dan jeritan orang ramai yang panik ketika api sedang marak di sekeliling mereka. Mayat yang rentung dan jeritan pelarian yang diselubungi api kelihatan dan kedengaran dari lokasi kejadian, menurut satu laporan. Israel meningkatkan operasi ketenteraan di Gaza sejak awal Mei, dengan alasan untuk menghapuskan keupayaan ketenteraan dan pemerintahan HAMAS serta membawa pulang baki tebusan yang diculik pada Oktober 2023.


Sumber: Daily Sabah

Written by
Admin
Published on
May 26, 2025