Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Shujaiyah 'Dibersihkan'

Penduduk di daerah utara Shujaiyah sedang bergelut untuk bertahan hidup selepas pihak rejim melepaskan bom dan misil ke atas kejiranan bandar Gaza dalam serangan selama dua minggu berturut-turut.

Salah seorang penduduk, Faris Amir Mushtaha berkata: “Seperti yang kalian lihat, Shujaiyah telah menjadi debu. Ia telah dihapuskan. Mereka mengebom kami tanpa amaran, mereka tidak menurunkan nota amaran atau apa-apa mesej. Bom misil telah dijatuhkan ke atas orang awam – wanita, kanak-kanak dan orang tua. Tentera penjajah mengarahkan kami untuk pergi ke barat Gaza, namun mereka menyerang dan menyasarkan kawasan itu dengan misil mereka.”

Seorang penduduk lain pula berkata, Nael Alsousi, tentera rejim turut menyerang pusat bekalan air Shujaiyah dan boleh dikatakan kami telah terputus bekalan air sama sekali.

“Telaga-telaga telah musnah sepenuhnya, begitu juga dengan rangkaian air perbandaran. Malah lori tangki yang biasanya membawa air bersih sudah tidak boleh masuk ke kawasan kejiranan akibat kemusnahan infrastruktur dan jalan raya,” Alsousi memberitahu Al Jazeera.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
July 15, 2024