Latest News

Stay updated with the latest developments and news

  1. Biodata
  • Nama penuh beliau ialah Muhammad Diyab Ibrahim al-Misri.
  • Dilahirkan pada tahun 1965 dalam sebuah keluarga pelarian Palestin.
  • Berasal dari bandar al-Qubaibah, yang telah dijajah sejak tahun 1948.
  • Dibesarkan di kem pelarian Khan Yunis, Gaza.

  1. Pendidikan
  • Pada tahun 1988, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Islam Gaza.
  • Aktif dalam Gerakan Mahasiswa Islam.
  • Mempunyai minat dalam bidang teater.
  • Mengasaskan kumpulan العائدون dan turut berlakon dalam pementasan teater.

  1. Identiti Misterinya
  • Tiada siapa yang mengetahui wajah beliau kecuali para pejuang.
  • Sepanjang dua dekad, beliau hanya muncul sebanyak tiga kali dengan suara dan imej dikaburkan.
  • Muncul buat pertama kali dalam segmen siasatan khas,  Apa yang Tersembunyi… Lebih Besar (ما خفي أعظم) oleh Al Jazeera.

  1. Aktiviti Ketenteraan
  • 1987: Menyertai HAMAS.
  • 1989: Ditangkap oleh penjajah selama 16 bulan tanpa perbicaraan atas tuduhan aktiviti ketenteraan bersama HAMAS.
  • Berguru di bawah bimbingan Yahya Ayyash dan menjadi pakar dalam pembuatan bom.
  • 2002: Dilantik sebagai Komander Batalion Briged al-Qassam.

  1. Percubaan Bunuh oleh Pihak Musuh
  • Dianggap sebagai musuh nombor satu Israel dan sasaran utama.
  • Berjaya terselamat daripada lebih lima percubaan bunuh pada tahun 2001, 2002, 2003, 2006, dan 2014.
  • Penjajah menawarkan ganjaran $100,000 bagi sesiapa yang mengetahui lokasinya.
  • Pada 13 Julai 2024, tentera penjajah mendakwa telah membunuhnya melalui serangan udara di Khan Yunis, Gaza.

  1. Kesyahidannya
  • Jurucakap rasmi Briged al-Qassam, Abu Ubaidah melaporkan kesyahidan beliau dalam satu ucapan pada 30 Januari 2025.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
February 2, 2025