Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Sektor penerbangan Israel telah mengalami kerugian berjumlah 105 juta shekel ($28.8 juta) dalam sembilan bulan pertama 2024 akibat pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Semenanjung Gaza.

Maklumat ini didedahkan dalam satu kenyataan oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel semalam.

Pada masa yang sama pihak berkuasa Israel mengesahkan laporan tersebut. Difahamkan juga, kira-kira 13.8 juta penumpang menggunakan perkhidmatan Lapangan Terbang Ben Gurion Tel Aviv pada 2024. Pun begitu, jumlah tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 34% berbanding 2023.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa perbelanjaan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024 menurun kira-kira 16% berbanding tempoh yang sama pada 2023, berjumlah kira-kira 2.3 bilion shekel ($630 juta).

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel sedang bersedia untuk tempoh pasca perang, menjangkakan peningkatan dalam trafik penumpang dan kembalinya syarikat penerbangan asing ke Israel pada 2025. Mereka juga akan menumpukan pada pembangunan infrastruktur dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, berpuluh-puluh syarikat penerbangan asing telah membatalkan penerbangan pergi dan pulang ke Israel apabila tembakan roket dari Lubnan dan Yaman meningkat di seluruh negara.

Sumber: MEMO, Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
December 31, 2024