Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Pengarah Hospital al-Shifa di Gaza, Dr. Muhammad Abu Salmiya, telah dibebaskan setelah ditahan oleh tentera Israel selama berbulan-bulan tanpa tuduhan, bersama dengan kakitangan perubatan lain ketika mereka merawat pesakit pada tahun lalu.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan semalam, Dr. Abu Salmiya berkongsi pengalamannya ketika berada di penjara rejim Israel. Berikut adalah perkara-perkara utama yang beliau sampaikan:

➡️ Ramai tahanan Palestin telah dibunuh di dalam bilik soal siasat dan kami meninggalkan ribuan lagi tahanan yang ditahan oleh tentera Israel.

➡️ Doktor dan jururawat Israel bertindak memukul dan menyeksa tahanan Palestin serta melayan mereka seolah-olah mereka adalah objek yang tidak bernyawa.

➡️ Setiap tahanan yang ditahan oleh tentera Israel kehilangan kira-kira 30kg (66 paun) berat badan kerana tidak diberi makan.

➡️ Rejim Israel tidak mengenakan sebarang tuduhan terhadap saya walaupun perbicaraan telah diadakan sebanyak tiga kali. Ini jelas-jelas bermaksud mereka menangkap saya atas arahan politik.

➡️ Kami dikenakan penyeksaan yang teruk di mana tentera rejim Israel menceroboh sel tahanan serta menyerang mereka hampir setiap hari.

➡️ Tiada peguam mahupun institusi antarabangsa yang melawat kami ketika berada di penjara rejim.

➡️ Selama dua bulan, para tahanan hanya makan tidak lebih daripada sekeping roti setiap hari.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
July 2, 2024