Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Menurut media Israel, pihak berkuasa Israel merancang untuk menghalang rakyat Palestin yang telah dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza daripada memasuki Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur semasa bulan Ramadan.

Menurut media KAN, seramai 3,000 anggota polis Israel akan ditempatkan setiap hari di pusat pemeriksaan menuju ke Baitul Maqdis Timur dan Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan.

Polis Israel hanya akan memberi kebenaran sebanyak 10,000 permit kepada rakyat Palestin dari Tebing Barat untuk memasuki Masjid al-Aqsa semasa bulan Ramadan. Permit akan diberikan kepada lelaki lebih 55 tahun dan wanita lebih 50 tahun.

Setiap tahun, rakyat Palestin akan menghadapi sekatan daripada pihak berkuasa Israel yang mengehadkan kemasukan mereka ke Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan.

Sumber: MEMO, Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
February 24, 2025