Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Palestine Center for Prisoners Studies menegaskan bahawa penjajah sedang melakukan penindasan terhadap tahanan wanita Palestin berkaitan dengan hak-hak asas mereka yang dijamin oleh perjanjian antarabangsa.

Pusat tersebut menyatakan bahawa sejak permulaan perang pemusnahan secara besar-besaran, penjajah meningkatkan kekejaman terhadap tahanan wanita dan menjadikan penjara Damon sebagai tempat pengasingan sepenuhnya, serta melarang tahanan wanita daripada menerima lawatan, akses ke kedai penjara (kantin), memotong bekalan air panas dan mengurangkan jumlah makanan kepada separuh.


Selepas pertukaran tahanan Tufan al-Ahrar, terdapat 20 wanita  masih berada dalam penjara penjajah selepas pembebasan kanak-kanak Teqah Ghazawi (12 tahun). Antaranya seorang wanita hamil, seorang lagi menghidap kanser, 12 orang ibu, dan kebanyakan daripada mereka ditahan tanpa perbicaraan.

Pusat itu juga menyatakan bahawa penjajah telah merampas semua barangan peribadi tahanan wanita, termasuk pakaian, buku, alat makan, dan pemanas. 

Selain itu, penjajah tidak memberikan makanan yang mencukupi kepada tahanan wanita, terutama pada bulan Ramadan. Malah, hanya diberikan jumlah makanan yang sedikit dan kadang-kadang dihantar pada waktu yang tidak sesuai. Ada kalanya makanan tersebut telah sejuk atau rosak.

Pihak pentadbiran penjara sengaja mengubah waktu sahur dan berbuka, dengan melarang tahanan wanita memiliki jam untuk mengetahui waktu.


Tidak hanya dengan itu, penjajah turut meletakkan kamera pengawasan di seluruh penjara, termasuk di kawasan halaman dan lorong, serta sering menyerbu bilik tanpa pemberitahuan hingga menyukarkan tahanan wanita untuk memakai pakaian solat atau penutup kepala.

Ketika melancarkan serbuan, penjajah sengaja mengeluarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada tahanan wanita dan kadang-kadang menyerang mereka dengan pukulan atau menyembur gas.

Pusat itu menyeru organisasi yang mengaku neutral dan adil untuk melihat isu tahanan wanita Palestin dalam penjara penjajah dengan pandangan yang adil, dan seperti mana mereka membincangkan tentang tahanan wanita penjajah, mereka juga perlu menuntut penghentian jenayah berterusan terhadap tahanan wanita Palestin yang boleh dianggap sebagai jenayah perang.

Sumber: Laman web rasmi Quds News Network

Written by
Admin
Published on
March 14, 2025