Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Syarikat teknologi di Taiwan, Gold Apollo menafikan letupan alat kelui model AR-924 yang menyebabkan ramai penduduk Lubnan maut dan cedera ada kaitan dengan mereka. 

Dalam sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini, Gold Apollo memaklumkan bahawa model AR-924 itu merupakan keluaran sebuah syarikat Eropah, BAC melalui perjanjian perlesenan yang sah. 

Berdasarkan perjanjian tersebut, kami telah memberi kuasa kepada BAC untuk menggunakan cap dagangan jenama kami untuk jualan produk di kawasan beberapa tertentu. Bagaimanapun, reka bentuk dan pembuatan produk dikendalikan sepenuhnya oleh BAC. Ingin kami tegaskan bahawa kami hanya menyediakan kebenaran terhadap penggunaan cap dagangan jenama dan tidak terlibat dalam pembuatan reka bentuk produk ini.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan berkata tiada rekod eksport untuk peranti model AR-924 ke Lubnan dan alat kelui tersebut mungkin telah diubah suai selepas penghasilannya. 

Sebelum ini agensi berita New York Times dan Reuters memetik pegawai yang tidak dinamakan dan melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel telah meletakkan sejumlah kecil bahan letupan dalam alat kelui tersebut sebelum diletupkan.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
September 20, 2024