Latest News

Stay updated with the latest developments and news


Tentera haram Israel melaporkan pada Isnin bahawa pasukannya telah memulakan operasi darat yang terhad dan bersasar terhadap kubu kuat Hizbullah di selatan Lubnan.


Pasukan dari Divisyen ke-91 melancarkan operasi tersebut bagi ‘mengukuhkan’ zon pertahanan hadapan di sepanjang sempadan utara Palestin yang dijajah, menurut kenyataan tentera itu melalui platform media sosial X.


Pihak tentera tersebut menyatakan bahawa operasi itu merupakan sebahagian daripada ‘usaha pertahanan yang lebih luas’, bertujuan untuk mewujudkan dan mengukuhkan kedudukan pertahanan hadapan.


Operasi itu termasuk memusnahkan infrastruktur kumpulan Hizbullah di Lubnan serta menyingkirkan anggotanya yang beroperasi di kawasan tersebut, bagi menghapuskan ancaman dan menambah satu lagi lapisan keselamatan kepada penduduk di utara Palestin yang dijajah, tambahnya.


Sebelum pasukan darat memasuki kawasan itu, tentera haram Israel menyasarkan banyak kedudukan Hizbullah dengan tembakan artileri serta serangan udara yang dilancarkan oleh tentera udara Zionis bagi ‘mengurangkan ancaman’ persekitaran operasi, menurut kenyataan tersebut.


Sumber: Anadolu Ajansi

Written by
Admin
Published on
March 16, 2026