Tentera Israel menyelesaikan pengunduran dari Koridor Netzarim hingga ke zon penampan. Pada masa ini, kenderaan penduduk Palestin sedang melalui pusat pemeriksaan ketika mereka tiba dari wilayah tengah dan selatan Gaza.
Koridor Netzarim sepanjang tempoh 15 bulan lalu telah menjadi pangkalan tentera utama Israel, kini hancur sepenuhnya tanpa sebarang bangunan yang tersisa.
Sebahagian besar tanah pertanian telah diratakan dan dimusnahkan oleh tentera Israel.
Penduduk yang dipaksa berpindah dari kawasan ini akan berhadapan kesukaran yang besar untuk kembali ke rumah mereka. Sukar untuk membayangkan di mana mereka akan tinggal selain mendirikan khemah di sana sini.
Kini, semakin ramai orang awam bergerak antara wilayah utara dan selatan Gaza.
Harapannya adalah dengan pengunduran tentera Israel, pergerakan menjadi lebih bebas. Selain membolehkan kenderaan dan trak bantuan memasuki bahagian utara Gaza. Namun, proses penghantaran bantuan ke wilayah ini masih perlahan dan bergerak secara berperingkat.
Sumber: Al Jazeera