Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Tentera rejim Israel telah melakukan serangan darat di selatan Lubnan selama tiga minggu tetapi serangan serampang tiga mata masih belum mencapai objektifnya, laporan Anadolu Ajansi.

Berdasarkan kenyataan jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari pada 30 September yang lepas, permulaan operasi terhad dan sengit adalah bertujuan untuk menyasarkan infrastruktur Hizbullah. Puluhan ribu tentera dari lima bahagian telah cuba menembusi wilayah Lubnan dari tiga paksi.


Walaupun bermacam-macam usaha dilakukan, pegawai Lubnan melaporkan bahawa tentera Israel gagal menguasai mana-mana kawasan di selatan Lubnan.


Sementara itu, Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati  menyatakan bahawa tentera Israel sedang melakukan serangan hit-and-run di kampung-kampung sempadan Lubnan.


Menurut anggota Parlimen Hizbullah, Hassan Fadlallah, "Musuh belum sepenuhnya menguasai mana -mana kawasan kampung dan kita memiliki terdapat pejuang yang mencukupi."


Tentera Israel telah mengekalkan kerahsiaan lengkap mengenai operasinya di Lubnan. Sehingga kini, mereka hanya mengeluarkan laporan kerugian semasa yang terhad sepanjang penentangan terhadap kumpulan Lubnan.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
October 25, 2024