Tentera rejim Zionis membebaskan sembilan tahanan Palestin dan lebih mengejutkan badan mereka penuh dengan kesan-kesan penderaan, lapor Agensi Anadolu.
Menurut wartawan Anadolu, sembilan tahanan itu dibebaskan melalui persimpangan Kerem Shalom di bandar Rafah dan dipindahkan ke Hospital Eropah Gaza di Khan Younis untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Doktor di hospital itu mengesahkan kepada Anadolu bahawa individu yang dibebaskan berada dalam keadaan kurang sihat, menunjukkan tanda-tanda keletihan, kekurangan zat makanan dan terdapat kesan penderaan.
Sejak perang bermula, organisasi hak asasi manusia telah melaporkan keadaan yang semakin teruk di penjara Israel, terutamanya di penjara Sde Teiman di mana terdapat laporan penderaan seksual terhadap rakyat Palestin.
Tentera rejim Zionis telah menahan beribu-ribu orang awam Palestin, termasuk wanita, kanak-kanak, dan pekerja sektor kesihatan sejak 7 Oktober. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, berpuluh-puluh tahanan Palestin dari Gaza telah dibebaskan secara berperingkat, kebanyakannya menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang semakin merosot.
Israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB telah gencatan senjata segera. Lebih 41,100 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh dan lebih 95,100 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Sumber: Middle East Monitor