Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Tentera Israel telah meletupkan 21 buah rumah di kem pelarian Jenin, di utara Tebing Barat semalam ketika serangan ke atas bandar dan kemnya berterusan sejak 21 Januari 2025.

Menurut saksi, beberapa rumah di sekitar kem dan di bandar Jenin bergegar akibat letupan itu, menyebabkan tingkap dan pintu pecah. Letupan turut kuat kedengaran dan diikuti dengan kepulan asap dari dalam kem.

Pencerobohan Israel kali ini adalah yang terbesar dan seakan mengulangi tragedi yang pernah berlaku di Gaza. Jika serangan berterusan, bandar ini akan menjadi kawasan terbiar dan musnah sepenuhnya.

Tanpa campur tangan antarabangsa segera, bencana di Jenin akan menjadi lebih dahsyat.

Sumber: Anadolu, MEMO, TV Arabiy

Written by
Admin
Published on
February 3, 2025