Klip video yang mula tular di media sosial menunjukkan tiga tentera rejim Zionis di atas bumbung sebuah bangunan telah menolak dan menendang mayat pemuda Palestin di bandar Qabatiya, Tebing Barat.
Zakaria Zakarneh, bapa saudara kepada salah seorang syuhada dan seorang saksi, berkongsi maklumat bahawa tentera rejim Zionis telah naik ke bumbung selepas pemuda Palestin itu syahid.
“Mereka cuba menurunkan mayat dengan jentolak, tetapi mereka tidak berjaya, jadi mereka melemparkan mayat syuhada tersebut dari tingkat dua jatuh ke tanah. Saya sangat sedih dan marah. Saya tidak dapat berbuat apa-apa.”
White House mengumumkan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis pada klip video tersebut sangat menjijikkan dan mengesahkan bahawa mereka telah meminta penjelasan daripada pihak berkuasa Israel.
"Kami telah melihat video itu, dan kami mendapati ia sangat 'mengganggu'. Jika klip video itu terbukti sahih, perbuatan tersebut sangat menjijikkan dan mengerikan,” jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby mengecam Israel.
Pihak berkuasa Israel mengumumkan bahawa mereka telah memulakan siasatan selepas klip video tentera rejim Zionis menolak mayat rakyat Palestin dari bumbung bangunan di Tebing Barat telah tersebar di media sosial.
Sumber: Middle East Monitor, Al Jazeera dan Quds News Network