Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Menurut sumber tempatan, tentera Zionis membakar beberapa rumah milik penduduk Palestin pada malam Selasa di kem pelarian Jenin, utara Tebing Barat yang diduduki.

Sumber tersebut memaklumkan bahawa tentera haram membakar sebuah rumah di kawasan Tal’at al-Ghabr dan sebuah lagi rumah milik keluarga al-Rashid. Kedua-dua rumah itu dilaporkan telah digunakan oleh tentera penjajah sebagai berek tentera sejak lebih setahun setengah lalu.

Mereka turut membakar sebuah lagi rumah di kem tersebut pada malam yang sama, namun pemiliknya belum dikenal pasti.

Kejadian itu berlaku ketika kem pelarian Jenin masih berdepan kemusnahan besar susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan tentera Zionis ke atas bandar Jenin dan kem pelariannya pada 21 Januari 2025. Operasi tersebut menyebabkan seluruh penduduk kem serta kawasan sekitarnya dipindahkan secara paksa, dianggarkan sekitar 22,000 orang.

Sejak itu, puluhan rumah di kem tersebut telah dirobohkan dan dibakar, ratusan meter jalan diratakan serta infrastruktur kem mengalami kerosakan yang meluas.

Sumber: Wafaa Agency, Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
May 20, 2026