Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Tentera Zionis telah mengeluarkan peta berwarna baharu yang memerintahkan penduduk Palestin di beberapa kejiranan di selatan Bandar Gaza untuk melarikan diri bagi menyelamatkan nyawa mereka.  

Peta tersebut menandakan kawasan az-Zaytoun, Tel al-Hawa, dan Sabra, yang berulang kali diserang oleh tentera Zionis dan penduduknya diarahkan untuk segera berpindah atau berdepan dengan kematian.  

Pengusiran paksa ini berlaku sejurus selepas Briged al-Quds, sayap ketenteraan Jihad Islam Palestin, mengumumkan bahawa mereka telah menyerang tapak tentera Nahal Oz, berhampiran pagar sempadan Gaza, dengan beberapa roket.  

Sementara itu, tentera Zionis mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa mereka telah memintas sebutir roket yang dilancarkan dari Gaza dan tiada kecederaan dilaporkan.

Sumber: Al Jazeera

Written by
Admin
Published on
April 4, 2025