Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Seorang bekas pegawai kanan tentera Israel menggesa Israel untuk berundur dari Gaza secepat mungkin, menyifatkan kawasan itu sebagai 'periuk api' yang mengerikan, lapor Anadolu.

Menurut Saluran 12 Israel, Mej. Jeneral Israel Ziv, bekas ketua operasi untuk tentera Israel menyatakan bahawa Israel sedang terperangkap dan berdarah di Gaza.

Ziv, yang sebelum ini mengetuai Bahagian Gaza, menegaskan bahawa pembunuhan beramai-ramai ini telah menjadi sumber kestabilan politik Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan kerajaannya. Netanyahu sengaja meneruskan pembunuhan beramai-ramai ini untuk mengekalkan kedudukan politiknya dan menangguhkan perbicaraan rasuahnya, yang boleh mengakibatkan beliau dipenjara.

Ziv menyatakan bahawa keadaan waktu ini tidak bertambah baik dan tidak mempunyai laluan yang jelas. Beliau menegaskan bahawa perang, yang didakwa Netanyahu berada di ambang kemenangan enam bulan lalu, kini kelihatan tidak berkesudahan.

Israel meneruskan serangan ke atas Gaza sejak 7 Oktober yang lalu, walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera.

Lebih 41,100 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh dan lebih 95,100 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.

Sumber: Middle East Monitor

Written by
Admin
Published on
September 17, 2024