Latest News

Stay updated with the latest developments and news

"Tiada hospital untuk merawat kecederaan saya"

Dawlat Abdullah Al Tanani, warga emas yang diserang oleh anjing tentera Israel baru-baru ini memberitahu tiada hospital yang dapat merawat kecederaannya, "Anjing itu menarik dan menyeret saya sehingga ke pintu masuk rumah. Saya cedera teruk. Tiada hospital atau apa-apa yang boleh digunakan untuk merawat kecederaan saya. Tangan saya pun masih belum dirawat."

Rakaman yang disiarkan oleh AlJazeera menjadi bukti kekejaman rejim Zionis di mana mereka sengaja melepaskan anjing tentera ketika warga emas wanita itu berada di kediamannya di utara Gaza. Difahamkan kejadian itu berlaku susulan daripada keengganan Al Tahani menurut perintah keluar rumah oleh rejim Zionis pada malam tadi.

Al Tahani dilaporkan turut patah tulang.

Sumber: AlJazeera

Written by
Admin
Published on
June 26, 2024