Latest News

Stay updated with the latest developments and news

Fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza baru sahaja berakhir, namun tiada kemajuan dicapai dalam rundingan di Mesir bagi fasa kedua gencatan senjata.  

Jurucakap HAMAS, Hazem Qassem berkata, hal ini bertentangan dengan perjanjian; Israel mengelak daripada menunaikan komitmennya bagi menamatkan perang dan berundur sepenuhnya dari Gaza.  

Sebaliknya, Israel mahu melanjutkan fasa pertama bagi memastikan lebih ramai tawanan dibebaskan sebelum menyambung semula perangnya, sesuatu yang tidak dapat diterima oleh HAMAS.

Sumber: Quds News Network

Written by
Admin
Published on
March 1, 2025