Pengarah Patient's Friends Benevolent Society di Bandar Gaza, Saeed Salah berkata tiga lagi kanak-kanak meninggal dunia akibat selsema yang teruk ketika Israel berterusan menghalang kemasukan rumah sementara (mudah alih) ke dalam kawasan Palestin.
Dalam video yang disiarkan di platform X, beliau mengatakan terdapat juga kes serius lain.
"Kami merayu kepada pihak berkuasa yang berkaitan bagi menyediakan karavan, kem, dan bahan api untuk memberikan kehangatan kepada orang ramai dan melindungi kanak-kanak, terutamanya ketibaan sistem tekanan rendah yang baharu,"
tambahnya.
Pada bulan Januari, UNRWA berkata sekurang-kurangnya lapan bayi baru lahir telah meninggal dunia akibat hipotermia di Semenanjung Gaza dalam tempoh satu bulan sahaja.
Israel sepatutnya membenarkan kira-kira 60,000 rumah bergerak dan 200,000 khemah ke Gaza sebagai sebahagian daripada fasa pertama perjanjian gencatan senjata dengan HAMAS. Tiada rumah sementara berjaya masuk, manakala hanya sebahagian kecil daripada khemah telah dibenarkan masuk, menurut pihak berkuasa.
Gencatan senjata kini berada dalam bahaya selepas Israel menghentikan pembebasan kira-kira 620 rakyat Palestin yang sepatutnya dibebaskan pada Sabtu.
Sumber: Al Jazeera